Tafsir mimpi ular banyak erti dan alamatnya sepertimana warna ular dalam mimpi, ular yang muncul dengan saiz yang besar atau kecil, bilangannya dan insiden yang berlaku dalam mimpi seperti dikejar ular, ular yang membelit atau yang mematuk.
Bagi kebanyakan orang, ular adalah haiwan yang mengancam. Justeru, tidak hairanlah ular antara objek yang menimbulkan ketakutan biarpun ia sekadar dalam mimpi. Yang menjadi persoalan besar ialah entah apa sebabnya ular yang ‘ditakuti’ itu kerap pula menjadi objek mimpi kebanyakan orang. Daripada yang kecil hingga dewasa, setidak-tidaknya sekali dua pasti pernah mendapat mimpi ular.
Namun, dari satu aspek lain, ular dalam mimpi ada dikaitkan dengan jodoh. Itu tafsiran orang tua-tua terdahulu. Tafsiran ‘nak dapat jodoh’ itulah mungkin yang menyebabkan mimpi tentang ular menjadi kemusykilan ramai baik lelaki atau perempuan.
Hendak dibantah bulat-bulat pendapat orang tua-tua terdahulu, kurang bijak pula rasanya, kerna bukan kah ‘mereka yang lebih dulu makan garam’ berbanding yang muda.
Tafsir Mimpi Ular, Himpunan Mimpi Menurut Islam dan Orang Tua-Tua
Bagi yang belum kahwin – Pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelit ular kemungkinan adalah petanda bahawa si pemimpi akan bertemu jodoh atau memperolehi isteri/suami tidak lama lagi.
Seorang gadis yang mimpi dikejar ular kemungkinan adalah petanda bakal dipinang orang. Ini tafsiran mimpi berdasarkan pengalaman orang tua-tua dulu.
Manakala jika seorang lelaki pula yang mimpi dikejar ular dikatakan itu bererti pemuda itu punya ramai peminat wanita.
Mimpi melihat kekasih pegang ular
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, bagi seseorang yang masih bujang yang bermimpi melihat kekasih hati memegang ular, kemungkinan ia memberi petanda orang yang bermimpi itu bakal mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang berani sifatnya.
Bermimpi kekasih dipatuk ular
Jikalau di dalam mimpinya itu dia mendapati kekasihnya dipatuk ular, kemungkinan itu tandanya dia akan menghadapi suatu perkara yang jelik. Itu satu peringatan supaya tingkatkan kewaspadaan dalam urusan hidup.
Mimpi dipatuk ular lalu meninggal. Baca tafsiran mimpi meninggal.
Gangguan jin atau syaitan? – Namun ada sesetengah yang menyangkalnya, dengan mengaitkan sifat ular sebagai suatu simbol ancaman. Bahkan ramai juga yang percaya bahawa ular yang muncul di dalam mimpi, terutama yang bersifat pelik – diberi gambaran seperti ular hitam, ular yang berwarna kuning keemasan, ular yang sangat besar, berkepala dua ataupun ciri-ciri lain daripada ular yang biasa dilihat – kemungkinan adalah jelmaan jin atau syaitan. Justeru mimpi ular yang sedemikian dikatakan adalah simptom gejala bahawa si pemimpi itu cuba didekati atau sudahpun diganggu oleh jin atau makhluk halus.
Jika bukan gangguan jin… ? Dikatakan mimpi itu memberi petanda akan mendapat jodoh, tetapi apa maknanya pula kalau si pemimpi tu seorang yang sudahpun bertemu jodohnya ataupun seseorang yang sudahpun berkahwin? Hmm.. apa mungkinkah bagi seorang suami yang baru beristeri satu, mungkin akan menambah ‘kuota’nya..? Dan bagaimana pula halnya jika yang bermimpi itu ialah wanita yang sudahpun mendirikan rumahtangga – sedangkan agama melarang seorang isteri mempunyai lebih dari seorang suami yang sah pada satu-satu masa!
Bagi yang sudah berkahwin – Menurut salah satu tafsiran yang ditemui, dikatakan bahawa sekiranya si pemimpi itu telah pun berkahwin, tetapi bermimpi dipatuk atau dibelit ular, kemungkinan itu membawa erti beliau akan beroleh kemakmuran dalam hidupnya.
Ular jadi naga – Manakala jika bermimpi melihat ular dan tidak semena-mena ular itu bertukar menjadi naga tandanya akan ada orang besar (berpengaruh atau berpangkat) yang akan menolong anda.
Ular warna-warni – Jika mimpi melihat seekor atau beberapa ekor ular yang berwarna-warni, dikatakan makna tersirat di sebaliknya ialah si pemimpi akan beroleh kebahagiaan.
Melihat ular yang banyak – Sekiranya bermimpi melihat ular yang banyak, maknanya akan panjang umur.
Dikepung banyak ular – Mimpi dikelilingi oleh ular yang banyak, dikatakan suatu petanda bahawa si pemimpi akan mempunyai ramai musuh.
Aina says
saya ada mimpi ular yg besar, mungkin ular sawa di kedai makan milik keluarga saya, ular tu dari atas bumbung nk turun ke bawah, waktu kt bawah ayah n abang saya angkat ular tu then lepaskn dia…apa maksudnye ye
Heyo says
Saya mimpi ular warna warni mcm pelangi siap tompok2 cantik je.. banyak plak tu. lalu je x gi pun kat saya, sbb sy geli dgn ular. Rasa mcm mimpi ngeri pun ya.. rupanya pentanda akan bahagia… hahaha bahagia sngt lah yee emmm
Jefri says
Asalammualaikum sya prnah brmimpi kekasih sya mnunjukkn gambar seseorng lelaki yg tak jelas katanya aku di jodohkan dngan ini lepas tu balik dlam hati yg sakit melihat kanak” perempuan di lilit ular dan aku segera membantu anak perempuan trsebut tolong bagi tafsiran
Keesokan harinya kekasi aku bilang di sdh dijodohkan oleh orng tuanya
Nurmah daud says
Mimpi ada orang bagi ular 2 ekor,sekor jantan sekor betina