November 1, 2014

Tafsir Mimpi Warna

Di dalam mimpi yang dialami, adakalanya ada yang terlepas pandang akan makna tersirat yang berkaitan dengan ‘warna-warna’ yang timbul dalam mimpi dan hanya memberikan tumpuan kepada bentuk objek yang dilihat dan kejadian yang dialami. Sedangkan dalam beberapa sumber tafsiran mimpi yang diperolehi, terdapat juga tafsiran berkaitan warna-warna yang khusus. Berikut adalah beberapa tafsir mimpi warna yang berjaya dikumpulkan…

Mimpi Warna Terang

Dikatakan bahawa sekiranya ada yang bermimpi melihat warna yang terang atau cerah (selain daripada warna putih) atau warna-warna yang kelihatan cantik dan menyenangkan mata yang memandang, kemungkinannya ia adalah cerminan akan kehidupan si pemimpi yang gembira dan bebas, serta fikirannya yang sentiasa dalam ketenangan. Tidak mustahil dengan keadaan ‘psikologi’nya yang sedemikian akan membawa kemakmuran berterusan dalam kehidupannya.

Mimpi Warna Gelap

Sebaliknya, jika bermimpi warna yang gelap (selain warna hitam) ataupun warna yang kelihatan buruk dan kusam, kemungkinan itu adalah cerminan sanubari pemimpi yang merasakan kehidupannya tidak bahagia dan gagal. Walhal, jika itulah yang di’rasa’kan dalam hati selama ini, tidak mustahil ianya akan diolah kepada bentuk perlakuan dalam kehidupan. Maka, seeloknya sentiasalah berfikiran positif dan optimis dan yakin bahawa setiap dugaan Tuhan itu pasti ada hikmah-Nya jika kita sabar dan redha.

Berikut pula adalah beberapa tafsiran lain (daripada sumber berbeza) berkaitan mimpi warna yang lebih khusus…

Biru – Dikatakan bahawa mimpi melihat warna-warna biru disekeliling, kemungkinan tandanya akan beroleh kebaikan di kalangan keluarga. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan mimpi warna biru membawa erti kesetiaan.

Hijau – Menurut salah satu tafsiran, sekiranya seseorang itu mimpi semua yang kelihatan hijau atau memakai pakaian serba hijau, kemungkinan ia membawa erti si pemimpi akan beroleh kemakmuran dan kebahagiaan hidup serta dikurniakan zuriat yang baik-baik, sepertimana warna rumput hijau yang melambangkan kesuburan.

Hitam – Mimpi melihat sesuatu yang berwarna hitam, dikatakan membawa erti kehidupan yang merosot dan ditimpa kesulitan. Ada juga pendapat yang menyebut, mimpi warna hitam membawa maksud apa yang dicita-citakan tidak akan menjadi kenyataan.

Kuning –  Mimpi segalanya berwarna kuning, kemungkinan membawa makna akan ada orang yang irihati disebabkan kepandaian dan kebijaksanaan anda.

Putih - Mimpi warna putih, kemungkinan memberi alamat yang baik iaitu akan dilimpahi rezeki.

Juga beberapa ‘luahan sanubari’ berkaitan mimpi warna…

Merah: Sedang merasakan kemarahan, kerisauan, atau merasakan seperti ada gangguan dalam kehidupan seharian.  Selain itu, dikatakan juga ia membaw maksud anda terlalu banyak melakukan aktiviti dan menggunakan tenaga, dan memerlukan tempoh untuk berehat dan mengembalikan semula tenaga dan kesegaran.

Jingga: Peringatan dari alam bawah sedar agar lebih bersemangat mengejar cita-cita.

Kuning: Sedang berhadapan dengan kemunduran dalam pekerjaan atau usaha yang dilaksanakan, atau dalam aspek hubungan sosial.

Biru gelap: Mengalami kemurungan. Ataupun sedang merindui masa lalu. Ataupun hilang sementara sifat-sifat romantis dalam diri.

Biru terang: Jiwa merasa senang dan tenang serta bersemangat melakukan suatu benda baru.

Putih: Baru saja merasa bebas dari ‘bebanan’ masa lalu dan di awal lembaran hidup yang baru.

Ungu: Perlu lebih bersederhana dalam kehidupan dan pada masa yang sama perlu lebih yakin dengan kebolehan diri.

rahsia mimpi:

mimpi pakai baju biru . mimpi warna merah . mimpi pakai baju hitam . mimpi pakai baju merah . mimpi pakai baju pengantin . mimpi pakai baju hijau . mimpi warna biru .
m4s0n501

Speak Your Mind

*