Mimpi terbahagi dua iaitu mimpi yang benar dan yang batil. Mimpi yang benar ialah yang dialami manusia tatkala pemikiran dan emosinya (psikologi) seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti ditandai oleh bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Mimpi yang benar tidak didahului dengan adanya fikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi. Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub […]